Lata Tembakah, air terjun BEST di Besut, Terengganu

Perjalanan ke Lata Tembakah, Besut, Terengganu mengambil masa dalam 30-40 minit dari bandar Jerteh, Terengganu. Bagi kami jarak perjalanan tidak terlalu jauh dan sangat memuaskan hati. 

Landmark air terjun lata tembakah

Kawasan sekeliling adalah hutan simpan. Jadi jaga kebersihan ya! 🙂

Kawasan sekitar amat terjaga terutamanya kebersihan. Jadi tidak hairan jika ramai yang datang untuk berkelah, mandi manda atau sekadar untuk ambil angin. 

Air yang tenang mengalir

Untuk ke kawasan air terjun tingkat satu mengambil masa dalam 20minit berjalan kaki, air terjun tingkat 2 dalam 30minit, air terjun tingkat 3 dalam 40minit, tingkat -45minit, tingkat 5 – 60minit. Rujuk gambar papan tanda di bawah 

Jika anda seorang yang adventurous, silalah ke tingkat 6 .

Kami hanya sanggup berjalan ke air terjun tingkat satu. Tapi perjalanan yang berdurasi 20minit tersebut terasa singkat kerana mata sentiasa dihidang dengan permandangan indah. 

Titi gantung yang tak jemu berselfie. p/s: model tidak diundang. Hihi

Great place to swim

Ada kawasan yang sesuai untuk mandi manda, lapang tanpa batu batu yang menghalang anda kuak lengtang atau kupu-kupu. Hihi

Tapi jika anda melawat ke sana sentiasa berwaspada dengan fenomena kepala air yang mungkin kita tidak sangka akan berlaku. Jika hujan lebat, amatlah tidak digalakkan untuk turun ke kawasan sungai. 

Kami tidak sempat untuk snap banyak lagi gambar sebab teruja untuk terjun berendam dalam air. Haha. 

Jika anda suka post ini. Jangan lupa likes post ini ya! 

-notamakanan

Leave a comment